WINGROAD REVOLUTION

Wingroad Revolution adalah kelab permotoran yang aktif di sekitar Johor Bahru. Ditubuhkan pada pertengahan tahun 2007, kelab ini diwujudkan khusus untuk para pemilik Nissan AD Resort dan kini mempunyai seramai 23 orang ahli. Seperti kelab permotoran yang lain, aktiviti yang sering diadakan tentulah perjumpaan kelab yang dibuat secara mingguan. Mereka juga pernah mengikuti konvoi Kembara Merdeka Johor pada tahun 2007 serta konvoi kelab ke Air Papan Mersing yang baru sahaja diadakan pada bulan Julai yang lalu.

Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran November 2008…