DOT ONE MOTORSPORT
MAJLIS BERBUKA PUASA & RUMAH TERBUKA

Bagi menyambut kesyukuran bulan Ramadhan, Peace Motorclub telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahlinya di Danga Bay, Johor Bahru pada 14 September yang lalu. Majlis diadakan bagi memberi kesempatan kepada ahli berbuka bersama dan mengeratkan lagi tali silaturrahim. Kelab memilih untuk berbuka puasa di LC Cathering, Festive Street Mall Danga Bay. Ia cukup terkenal sebagai tempat makan yang menyajikan hidangan buffet terpanjang di Negeri Johor. Terima kasih juga diucapkan kepada LC Cathering kerana memberi layanan istimewa dan sudi menyediakan ruang khas kepada kelab.

Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran November 2008…