AXTAC (AX TIARA CLUB)
AX Tiara Club adalah sebuah kelab komuniti untuk pemilik Proton Tiara. Ditubuhkan pada 1998, ia kini memiliki seramai 350 ahli yang aktif di seluruh negara, selain ahli secara ‘online’ melebihi 1000 orang. Biarpun bilangan Proton Tiara kini amat terhad di atas jalan, AXTAC dilihat masih lagi aktif terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan Lembah Kelang. Mereka juga mempunyai beberapa komuniti negeri lain seperti Kota Bahru Tiara Club (KBTC) di Kelantan, Geng Tiara Motorsports Club (GTMC) di Seberang Prai, Penang Tiara AX Club (PGTAC) di Pulau Pinang dan Southern Tiara Club (STIC) di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran November 2008…
|