DAIHATSU CHARADE ESPRI
VTEC THE DETO


Bagi mereka yang serius mahu terlibat dengan mana-mana cabang sukan permotoran, pemilihan sesebuah kereta yang sesuai untuk tujuan itu adalah penting. Selain peruntukan kewangan yang dianggap paling kritikal, kereta asas yang akan dilumbakan juga mestilah sesuai dengan corak perlumbaan yang akan disertai nanti. Kereta itu tidak semestinya dibeli baru, kereta terpakai pun sudah memadai asalkan ianya masih sempurna dan mampu menerima beberapa kerja-kerja tingkat taraf yang bersesuaian dengan corak perlumbaan itu nanti. Setelah mendapat kereta yang sesuai, usaha seterusnya tentulah melengkapkan kereta tersebut dengan enjin yang berkuasa, penyediaan perkakasan lain seperti ‘roll cage’, gajet elektronik dan peralatan keselamatan. Jika benar-benar serius, pencarian penaja sebanyak mungkin adalah perlu.

Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Disember 2008…

Spesifikasi GilaKereta
Pengeluar Daihatsu
Model

Espri

Tahun 1994
Enjin asal

993cc, 3 silinder, SOHC

Modifikasi Enjin & Komponen B18C Typre R, aci sesondol JUN Type 3, pulley boleh laras rekaan khas, penapis udara Simota, manifold Skunk Pro Series, piston 83mm TODA, pam bahan api Walbro, penyuntik H22A, pelaras bahan api SARD, ECU re-chip, E-Manage GReddy
Ekzos Paip 2.5-inci, peredam bunyi rekaan khas
Transmisi Manual 5 kelajuan LSD, klac & flywheel OS Giken
Suspensi GAB
Brek EVO I (depan), G200 (belakang)
Rim & Tayar TSW 15-inci & Sime Tyres 195/50R-15 (depan), Good Year 185/55R-15 (belakang)
Bengkel Lorinser Auto Care, Shah Alam
 
Kereta lain