Hari Keluarga Gabungan Kelab Belia Berkereta Negeri Johor (GKBBNJ)

Gabungan Kelab Belia Berkereta Negeri Johor (GKBBNJ) telah mengadakan sambutan Hari Keluarga mereka di Mutiara Motor Resort, Tg. Sedili, Kota Tinggi, Johor pada 8 & 9 Disember yang lalu. Ia diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli kelab dalam keluarga GKBBNJ, selain dapat bertukar-tukar pendapat dan cadangan bagi memantapkan lagi perjalanan kelab.

Program Hari Keluarga GKBBNJ ini telah dihadiri oleh 130 orang ahli serta keluarga mereka. Antara kelab yang hadir ialah Oceanic Members, Esti Track Autovision, Tacho Mania Members, Masterpiece Scorcher Club Automobile, Ska One Exclusive, Matahari Motorclub, Maxtune, Z-Tac dan Peace Motorclub.

Pelbagai acara diatur untuk memeriahkan lagi suasana seperti pertandingan memancing, sukaneka seperti terompah gergasi, lari dalam guni, jalan atas bata, tarik bola guna gelung dan ‘music chair’ serta...

Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Mac 2008…