GSRFORUM.NET Performance Community

Gsrforum.net merupakan sebuah laman forum terbaru yang mengumpulkan pemilik-pemilik kereta yang menggunakan enjin 4G93 1.8 DOHC Turbo atau juga lebih dikenali sebagai GSR. Laman forum yang baru diwujudkan ini pada dasarnya ingin mengumpulkan pemilik-pemilik dan peminat enjin Mitsubishi jenis ini bagi berkongsi maklumat teknikal, masalah, tips penjagaan dan apa juga aspek yang berkaitan dengannya.

Bagi merapatkan lagi hubungan sesama ahli laman forum ini, satu sesi perjumpaan dan beramah mesra telah dianjurkan pada 3 Februari yang lalu bertempat di Putrajaya. Pertemuan yang julung kali diadakan ini telah disertai lebih 20 orang ahli forum bersama jentera ’perang’ masing-masing yang rata-ratanya datang dari sekitar Kuala Lumpur, Kajang, Bangi, Nilai dan Seremban.

Sesi pertemuan bermula, dengan ahli-ahli forum berkumpul di Dataran Putrajaya. Oleh kerana ia...

Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Mac 2008…