MYNAZAKIA CLUB – Year End Trip
Tarikh 22 Disember yang lalu adalah hari yang ditunggu-tunggu bagi semua peserta MyNazaKia Club (MNKC) kerana selepas sekian lama perancangan rapi dibuat, akhirnya percutian kali kedua MNKC pada tahun 2007 ini dapat direalisasikan. Konvoi kali ini menuju Utara Semenanjung, ke Cinta Sayang Resort (CSR) di Sungai Petani dan Kilang Naza di Gurun melibatkan seramai 129 peserta dengan pelbagai jenis kereta Naza / Kia. Acara 3 hari 2 malam yang di rancang ini amat bermakna buat MNKC kerana inilah masanya untuk mereka mengeratkan lagi tali silaturahim, meluangkan masa bersama keluarga selain dapat berkongsi pengalaman tentang kereta masing masing.
Bermula di Naza Service Centre, Selayang, ketua marshal dan ketua konvoi setiap kumpulan memastikan setiap kenderaan disusun mengikut urutan. Pemeriksaan akhir bagi setiap kenderaan juga dijalankan. Bagi memastikan bantuan segera diterima sekiranya berlaku sebarang kerosakan, konvoi ini diiringi oleh kenderaan sokongan dari Kia Metro Service. Konvoi...
Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Mac 2008… |