V-SIXERS DYNO SHOOT OUT

V-Sixers, adalah kelab yang dikhususkan untuk para pemilik Proton Perdana. Sejak ditubuhkan pada 2001, kelab ini sememangnya aktif dan sentiasa mengadakan aktiviti menarik untuk ahli-ahlinya.

Bertempat di Millennium Motorsport Sunway pada 13 Julai yang lalu, V-Sixers kawasan Tengah telah mengadakan sesi ujian dyno khusus untuk ahli-ahlinya. Walaupun diadakan pada cuti hujung minggu, aktiviti sehari ini tetap menerima sokongan dan sambutan yang baik dari ahli yang berminat.

Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Ogos 2008...