PERODUA KELISA
YRV ADDICTION

Kalau dah minat, apa pun kita akan sanggup lakukan. Inilah penyataan tepat yang boleh digambarkan kepada pemilik-pemilik Kelisa atau Kenari yang memilih untuk menggunakan enjin YRV. Ini kerana enjin tersebut di pasaran ‘halfcut’ amat tinggi harganya dek kerana statusnya yang diletakkan sebagai antara barisan enjin baru yang berkuasa keluaran Daihatsu. Walaupun begitu, masih ramai pemilik Kelisa dan Kenari sanggup berbelanja besar semata-mata mahu melihat enjin berkuasa turbo ini berada dalam ruang enjin kereta mereka. Pilihan yang baik tentunya berbanding enjin 660cc seperti L700 dan L900 yang kian dipandang sepi. Geng-geng K-Kar ni, kereta je kecik tapi poket sumanya tebal beb!!!

Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Ogos 2008…

Spesifikasi GilaKereta
Pengeluar Perodua
Model

Kelisa

Tahun 2001
Enjin asal

EJ-DE 989cc

Modifikasi Enjin & Komponen

Daihatsu K3-VET 1.3 Turbo, injap pelepas tekanan HKS SSQV 2, penapis udara K&N, palam pencucuh NGK Iridium

 
Ekzos

Paip 2-inci, peredam bunyi RSR Magic

Transmisi

Tiptronik 4-kelajuan

Suspensi

Penyerap hentak GAB, gegelung spring Tanabe

Brek

YRV (depan), Kelisa (belakang)

Rim & Tayar Lenso GT 15-inci & Silverstone FTZ 175/50R-15
Bengkel Jaja Motorport
 
Kereta lain