PROTON WAJA ERMAN YANG PUNYA…
Proton Waja milik Erman dari Puchong ini merupakan salah satu projek Redzone Motorsport dalam melakukan konsep ‘bodystyling’ bagi kereta-kereta keluaran Proton. Selain itu, pemiliknya juga merupakan seorang yang begitu obses untuk menjadikan kereta milik beliau ini sesuatu yang lain dari yang lain. Lihat sajalah kit badan fiber yang melekat di segenap bahagian kereta ini. Bukan niatnya untuk menjadi sebuah EVO jadian, tetapi lebih bersifat luahan citarasa peribadi yang menampilkan imej tersendiri tanpa terikat dengan mana-mana konsep.
Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Ogos 2008…
|