K-CAR AUTO SHOW TAIPING 2008
Rakan Anti Dadah Larut, Matang & Selama dengan kerjasama Kelab Belia Kancil Taiping (T2K members), KW Motorsport serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemunting, telah menganjurkan K-Car Auto Show Taiping 2008 pada 20 Julai yang lalu di Taman Tasik Taiping, Perak.
Sebagai percubaan awal, acara yang julung-julung kali diadakan ini hanya menyediakan 2 kategori pertandingan iaitu kategori Compact/Sub-Compact Standard Modified dan Mira Look serta 3 hadiah sampingan seperti Best Engine, Best Interior dan Best Bodykit. Bagaimanapun, ia berjaya menarik 28 penyertaan dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Lembah Kelang.
Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran September 2008 |