HARI KELUARGA & PERASMIAN KELAB AKAIDO ZON MELAKA

Baru-baru ini, Akaido Members Club dengan kerjasama Tourism Melaka dan Melaka River Pirate Park Uptown, menganjurkan Majlis Hari Keluarga dan Perasmian Kelab Akaido Zon Melaka. Hampir 70 buah kereta ahli kelab telah berkumpul di sana bersama lebih 30 buah kereta kelab jemputan seperti Kelab Kereta Ganazzz, Kenarianz Melaka serta K-Car Club Melaka.

Perasmian tersebut dilakukan oleh Saudara Amri Abas, Naib Presiden Kelab Akaido. Pelbagai program menarik telah diatur sepanjang acara ini berlangsung. Antaranya, pertandingan mini autoshow, sukaneka ahli kelab, sukaneka bersama keluarga serta cabutan bertuah. Di sebelah malamnya pula, diadakan pertunjukkan ‘audio blast’ dan ‘suffer dance’ bagi menghiburkan ahli dan pengunjung yang hadir menyaksikan acara tersebut. ...

Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran April 2008…