NISSAN 180SX (ZEE)


Kelibat kereta ini dalam arena sukan drift tempatan bukanlah sesuatu yang asing. Kereta kepunyaan Lim Zee King atau lebih mesra dengan panggilan Zee ini merupakan antara pelopor dalam mempopularkan sukan drift di Malaysia. Sepanjang penglibatan beliau, banyak pencapaian yang telah beliau perolehi, bukan sahaja di arena tempatan bahkan turut berpeluang menyertai acara peringkat antarabangsa seperti di China dan Amerika Syarikat.

Paparan Penuh Dalam Gila Kereta Keluaran April 2009..

Spesifikasi GilaKereta
Pengeluar Nissan
Model

180SX

Tahun 1994
Enjin asal

SR20DET

Modifikasi Enjin & Komponen Turbo hybrid Tong Turbo, intercooler rekaan khas, radiator aluminium, aci sesondol 256/264 darjah, gegelang omboh ‘aftermarket’, gasket keluli HKS 1.2mm, 2 pam bahan api, rel bahan api rekaan khas, penyuntik 550cc, ECU Power FC A’pexi, injap pelepas tekanan Greddy Type RS, penapis udara A’pexi, tangki perangkap minyak rekaan khas, manifold kemasukkan rekaan khas, kit penapis minyak rekaan khas, hos-hos Samco.
Ekzos Manifold rekaan khas, paip saluran 3-inci, peredam A’pexi.
Transmisi Manual 5 kelajuan, klac Nismo Super Coppermix, flywheel diringankan
Suspensi Penyerap hentak boleh laras Tein Super Drift
Brek Brembo Skyline R32
Rim & Tayar Buddy Club P1 Racing 17-inci & Toyo Proxes R1R 235/45R-17 (depan), 255/40R-17 (belakang)
Modifikasi Luaran Hood karbon fiber, fender D-Max, bumper depan dan belakang Uras, skirt sisi BN Sport, spoiler GT karbon fiber
 
Kereta lain