NISSAN SUNNY
SUNNY IN THE SUNSHINE


Nissan Sunny yang ditemui di Port Dickson ini memang agak unik. Bukan saja dijadikan platform ubahsuai yang ekstrim bahkan disebabkan faktor pemilihan model Sunny itu sendiri. Saya tidak menjangkakan adanya kaki ubahsuai yang akan memilih model ini kerana ia agak tenggelam berbanding model Nissan yang lain. Namun dalam iklim modifikasi kita hari ini, ramai yang bersikap lebih terbuka dan tidak menjadikan faktor model sebagai penghalang. Apa yang penting tahap modifikasi bersesuaian yang boleh dilakukan.

Paparan Penuh Dalam Gila Kereta Keluaran April 2009..

Spesifikasi GilaKereta
Pengeluar Nissan
Model

Sunny

Tahun 1986
Enjin asal

1.3-liter

Modifikasi Enjin & Komponen CA18DET 1.8-liter, camshaft HKS, pulley rekaan khas, penuras udara Simota, injap pelepas tekanan Greddy Type RS, pam bahan api Mercedes, pelaras bahan api Work, penyuntik SR20, tangki perangkap minyak rekaan khas, intercooler VR4
Ekzos Paip 3-inci, peredam bunyi HKS
Transmisi Manual 5 kelajuan, klac Trinity
Suspensi Tein (depan), Sunny Turbo (belakang)
Brek 180SX (depan), Sentra B14 (belakang)
Rim & Tayar BBS 15-inci, tayar Yokohama 195/50R-15
Bengkel F2L Autowork, Port Dickson
 
Kereta lain