JEEP WRANGLER - DEEP IN SOUND
Ketika Chrysler mengambil keputusan untuk mengeluarkan Wrangler menerusi divisyen Jeep, ia telah disambut baik oleh masyarakat automotif memandangkan Jeep mempunyai reputasi yang cukup disegani akibat jasanya dalam Perang Dunia Kedua menerusi model Civilan Jeep (CJ) pacuan empat roda kompak yang dibina untuk tujuan lasak. Dengan ciri-ciri mudah kendali, mesra pengguna dan tahan lama, Jeep memulakan produksi model YJ pada 1988 di kilang utamanya di Ontario Kanada. Model ini telah memberi nafas baru dalam industri 4X4 di mana, ia mula memonopoli sebahagian dari segmen pacuan empat roda yang banyak dikuasai oleh Toyota ketika itu.
Paparan penuh dalam Gila Kereta keluaran Februari 2009 |